RPH

Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 1 KSSR
( Kemahiran Lisan dan Kemahiran Menulis)

Tahun                         : 1 Merah
Mata Pelajaran          : Bahasa Malaysia
Hari                             : Isnin
Tarikh                         : 18 September  2014
Masa                           : 8.00 pagi – 9.00 pagi (1 jam)
Bilangan Murid         : 20 orang
Tema                          : Bersih dan Sihat
Tajuk                          : Bersihkan Diri
Standard Kandungan: 1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa,
                                             iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan
                                             betul.
   3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi
                                             dengan betul dan kemas.
Standard Pembelajaran: 1.2.5 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja
                                                   perkataan yang mengandungi diftong dan vokal
                                                   berganding.  
                                          3.2.5 Menulis frasa yang mengandungi perkataan ditong
                                                   dan vokal berganding dengan betul dan tulisan yang
                                                   kemas.                                    
Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat :
i.      Mendengar, menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding dengan betul dan tepat.
  1. Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding dengan kemas.
 Penggabungjalinan isi kandungan :
i.      TMK   Slaid persembahan Powerpoint yang mengandungi bahan pelajaran
             kemahiran berbahasa dan aktiviti permainan bahasa.
  1. Muzik – Nyanyian dan gerakan.
Kemahiran Bahasa: Kemahiran lisan dan kemahiran menulis.
Sistem Bahasa       : i) Kosa kata
                                  ii) Ejaan
                                 iii) Sebutan dan Intonasi
Pengisian kurikulum:
Ilmu           : Pendidikan Muzik, Pendidikan TMK dan Pendidikan Moral
Nilai murni : Kasih sayang, kerjasama, kebersihan, kerajinan dan mendengar arahan.
Kemahiran Bernilai Tambahan (KBT):
Kemahiran Berfikir           : Menjana idea dan mengenal pasti
Kecerdasan Pelbagai      : interpersonal, intrapersonal dan verbal linguistik
Bahan Bantu Mengajar(BBM) : Komputer riba, LCD, slaid persembahan Powerpoint,
                                                     lembaran kerja, token, hadiah dan klip video.
Pengetahuan sedia ada :
i.      Murid sudah mengenali perkataan huruf vokal dan konsonan.
  1. Murid telah mempelajari perkataan huruf vokal dan konsonan pada pembelajaran lepas.

Langkah / masa
Isi kandungan
Aktiviti P & P
BBM / Catatan
Set Induksi
(5 minit)
·         Menyanyi lagu  ”Lompat Si Katak Lompat.”
 
·         Menarik perhatian dan memperkenalkan tajuk pembelajaran hari ini.

·         Guru bertanya khabar kepada murid-murid.
·         Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu ”Lompat Si Katak Lompat mengikut lirik lagu dalam klip video lagu untuk menyegar dan mewujudkan kesediaan untuk belajar.
·         Guru memperkenalkan tajuk pelajaran, iaitu ” bersihkan diri ” untuk murid-murid.  
Teknik :
Nyanyian

Ilmu:
TMK, Pendidikan Muzik

Nilai :
Mendengar arahan

BBM :
LCD, komputer riba, klip video lagu.

KBT:
KB-mendengar dan
      bertutur
KP-verbal linguistik
Langkah 1
(15minit)

·         Paparan Klip Video Pembelajaran: Dengar dan sebut suku kata / perkataan diftong dan vokal berganding.
cth:
suku kata diftong ai,au,oi
cth:
suku kata vokal berganding:
ai,ua, ui
perkataan:
lantai, murai kaloi dan tupai
contoh suku kata vokal berganding:
 air, buih, paip,  dan tuala
·         Slaid persembahan Powerpoint
      Slaid
      persembahan
      yang
 mengandungi
 perkataan diftong
 dan vokal
 berganding.

Aktiviti Pengukuhan:
Latih tubi kemahiran membaca
·         Murid mendengar arahan dan membaca suku kata atau perkataan diftong yang ditunjuk oleh guru dengan sebutan yang betul.

·         Guru meminta murid mendengar dan menyebut semula bunyi sebutan suku kata dan perkataan diftong dan vokal berganding dalam klip video yang dipaparkan melalui paparan perisian movie maker secara ramai-ramai.
·         Guru perkenalkan dan menunjukkan cara mengeja dan menyebut suku kata / perkataan diftong dan vokal berganding yang telah ditunjuk berdasarkan gambar secara beramai-ramai dan individu.
·         Guru menunjukkan cara menyatukan suku kata menjadi perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding.
·         Latih murid membaca suku kata atau perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding yang ditunjukkan oleh guru.

Teknik :
Latih tubi

Nilai :
Mendengar arahan, rajin dan kebersihan
llmu:
TMK

Sistem bahasa:
Kosa kata, ejaan, sebutan

BBM :
LCD, komputer riba, slaid persembahan Powerpoint, Movie maker

K.Bahasa:
Lisan dan membaca

KBT:
KB- menjana idea
KP- intrapersonal,
       verbal linguistik




Langkah 2
(15minit)

Aktiviti Pengayaan:
Paparan Slaid persembahan PowerPoint yang mngandungi Permainan Bahasa Secara Berkumpulan – Hadiah istimewa
      

·         Guru membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan kecil.
·         Guru memaparkan slaid persembahan Powerpoint yang mengandungi aktiviti permainan bahasa-perkataan diftong atau vokal berganding di hadapan murid.
·         Guru meminta wakil murid daripada setiap kumpulan untuk mengklik hadiah pilihan dalam paparan multimedia untuk menyelesaikan soalan yang didapat oleh murid melalui
perbincangan bersama dengan ahli kumpulan.
·         Kumpulan yang dapat menjawab soalan tersebut boleh mendapatkan satu token dan hadiah akan diberikan mengikut jumlah token yang telah dikumpulkan oleh setiap kumpulan.

Teknik :
Latih tubi, permainan bahasa, koperatif, soal jawab dan perbincangan

Ilmu:
TMK

Nilai :
Mendengar arahan, berusaha, kerjasama dan kasih-sayang.

Sistem bahasa:
kosa kata,ejaan dan sebutan

BBM :
Slaid persembahan power point, token, hadiah.

K.bahasa:
bertutur dan membaca

KBT:
ICT
KP-intrapersonal,
      Interpersonal,
      verbal linguistik
KB-Menjanakan idea




Langkah 3
(20minit)
Lembaran Kerja

Latihan pengukuhan:
Menjawab Lembaran Kerja
·         Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap orang murid.

i.Lembaran kerja 1:
latihan pentaksiran:
-Memadamkan perkataan diftong atau vokal berganding berdasarkan gambar
(Lampiran 4)

ii.Lembaran kerja 2:
latihan pengayaan:
  -Lengkapkan perkataan
   diftong atau vokal
   berganding yang betul
   berdasarkan gambar
   (Lampiran 5)
iii. Lembaran kerja 3:
Latihan pengayaan
-Membina ayat
berdasarkan perkataan
yang berwarna merah
dalam petikan brosur
yang diedarkan oleh
guru.
    (lampiran 6)
·         Guru memantau dan membimbing murid-murid.
·         Guru memberi token kepada murid yang telah menyiapkan latihan dengan betul , kemas dan cantik.
iv.Lembaran kerja 4:
       Latihan pemulihan
Sebut dan baca bunyi suku kata diftong dan vokal berganding.
Teknik :
Latih tubi

Nilai :
Mendengar arahan, rajin, yakin diri, tekun dan kasih-sayang.

Sistem bahasa:
Kosa Kata

BBM :
Lembaran kerja, token.

KBT:
KB-menjana idea
KP-intrapersonal
Penutup
(5 minit)

Penutup kognitif:
Guru meminta murid membuat rumusan isi pelajaran.

Penutup sosial:
Murid-murid memberikan pujian dan motivasi antara rakan sekumpulan.

Penerapan nilai
dan Tayangan klip
video lagu:
Nyanyian semula lagu




·         Murid diminta menyenaraikan perkara yang mereka telah belajari.
·         Murid bertepuk tangan dan mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan atas kerjasama yang diberikan.
·         Guru menerangkan nilai murni yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran hari ini dan meminta murid berdiri bersama guru untuk menyanyikan kembali lagu ” Lompat Si Katak Lompat” sambil membuat gerakan.

Teknik :
Nyanyian dan gerakan

Nilai :
Mendengar arahan, tekun, tolong-menolong dan kasih sayang.

BBM:
Klip video lagu.

KBT:
KP-verbal linguistik, muzik kinestatik


Refleksi Guru sebelum dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran:

....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan