Nota

Ini ruangan nota.
  
Respon rakan-rakan saya alu-alukan. 
 
Terima Kasih.

Saringan Linus

1.   Saya guru kelas Tahun Satu Angsana telah menjalani saringan LINUS 3 pada murid-murid. Saringan yang dijalankan ialah saringan Lisan dan Bertulis.Jumlah murid saya ialah 33 orang. Hasil dari saringan itu 22 orang murid saya berada dalam arus perdana,7 orang linus dan 4 orang linus tegar.

 
Program Transformasi 2P

 2.  Program Transformasi 2P diadakan di sekolah bertujuan mengurangkan murid yang tidak tahu membaca iaitu murid linus dan linus tegar dan membentuk tingkahlaku yang baik dikalangan murid-murid. 2P bermaksud pendidikan dan personaliti.  Program ini memberikan kesan yang positif kepada murid-murid.
 

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

 3.  Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang telah diadakan pada minggu akhir sesi persekolahan.  Murid-murid yang cemerlang dari sudut akademik dan ko kurikulum dijemput hadir.Ini merupakan satu motivasi kepada murid-murid.
 

Program Gerak Pulih

4.  Sekolah saya telah melaksanakan 'Program Gerak Pulih' iaitu menyusun  beberapa strategi
     mengurangkan bilangan yang tidak mengenal abjad (linus tegar).  Antaranya ialah:

                a.  Program 5M yang dijalankan setiap hari sebelum sesi belajar bermula.

                b.  Program bimbingan Kaunseling

                c.  Program Nurkasih membentuk minda dan sahsiah kalangan murid-murid
                     bacaan yassin dan doa pada setiap hari jumaat.

                d.  Kismis Minda

                e.  Program Pra  pendedahan bahan linus untuk persediaan ke tahun satu.
 

Program Transisi

5.  Program Transisi dijalankan pada minggu pertama dan kedua awal persekolahan.  Tujuannya  memberi pendedahan kalangan murid-murid tentang alam persekolahan yang ceria.  Program orientasi dan transisi Tahun 1 merupakan satu program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Malaysia sejak 2001 yang melibatkan sekolah seluruh Malaysia.  Program ini adalah kesinambungan daripada kurikulum pra sekolah yang bertujuan mendedahkan murid-murid Tahun 1 kepada situasi perskolahan yang sebenar.  Dengan penglibatan dari pelbagai pihak, pelaksanaan program ini akan dapat memantapkan keyakinan murid-murid yang baru melangkah ke alam pembelajaran yang sebenar.  Objektif program ini adalah:

a.  Menanam minat untuk ke sekolah.

 b.  Mengikis perasaan takut, malu dan malas ke sekolah.

c.  Mendedahkan situasi sebenar alam persekolahan.

d.  Membina keterampilan diri yang sihat, berkeyakinan dan bermotivasi.

Bersesuaian dengan progran ini yang bertemakan 'SEKOLAHKU PENYAYANG'.


KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah )

6.  KSSR merupakan satu transformasi pendidikan persekolahan iaitu satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21.
Transformasi  kurikulum adalah satu proses melaksanakan satu bentuk perubahan yang holisik.kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, oeganisasi, kandungan, pedadogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran , bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.  Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.  Mengapa standard?
-Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
-Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
-Mengenal pasti strategi penambahbaikan.
-Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.

Sukaneka

7.  Murid-murid Tahap Satu iaitu tahun 1,2 dan 3 tidak dilibatkan dengan acara sukan.  Walau bagaimanapun mereka didedahkan dengan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Contohnya mencari huruf-huruf vokal di dalam tepung,mencari perkataan tersembunyi, guru menunjukkan gambar, murid mencari perkataannya,  membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul dan membuat gaya berdasarkan perkataan yang ditunjukkan contohnya melompat, murid dikehendaki melompat, menari dan sebagainya.


Kursus Dalaman KSSR Bahasa Malaysia

8.  Kursus dalaman KSSR diadakan kepada semua guru matapelajaran Bahasa Malaysia.  Tujuannya memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kandungan KSSR.  Guru-guru juga diberi penerangan tentang format RPH yang terkini dalam KSSR, berdasarkan dokumen standard.  Kursus ini banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada guru-guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan